31 December 2017

Kenapa Travel?

Hai selamat pagi Sabtu semua. Semoga sihat-sihat selalu ya.

Aku sekarang ni ada kat Sepang, rumah Kak Leha. Tak penat ka travel, hujung minggu lepaih baru ja pi rumah Abang Nasir kat Wangsa Maju?

Memang letih!

Tapi sebab aku fikir, time membujang ni la masa yang aku ada untuk ziarah rumah kakak dan abang aku. Depa nak support belanja aku 2-3 hari ok lagi. Nak tumpang duduk rumah pun selesa ja. Kalau dah kahwin susah pulak, takut ipar-ipar biras ni tak selesa pulak. Al-maklumlah, tak biasa.

Sebab tu walaupun terpaksa ulang-alik Kuantan-KL (sampai dah sakit lehiaq ni tidoq tak betoi) 2 minggu berturut-turut (sebab kebetulan cuti weekend 3 hari 2 minggu berturut-turut), aku tak kesah sangat, malah aku suka.

Aku memang suka travel ke sana ke mari, ikut bajet la. Bila travel ni, aku akan ketepikan sat kerja-kerja kat lab. Tenangkan fikiran, tengok orang, tengok keletah orang, belajaq benda baru, engage dengan orang yang tak pernah kenal, belajaq independent, dan macam-macam lagi lah.

Tapi aku tak dak la pi jauh pun, bajet setakat ke rumah kakak dan abang kat KL cukuplah. Boleh jadi penyambung silaturrahim antara adik-beradik kan?

Cuma sekali-sekala dok pikiaq jugak, sampai bila nak jadi lone traveller ni? Hahaha kuang kuang. :P

p/s: Ada budak tu tengah gheyau tak mau pi sekolah. Hari ni depa ada hari terbuka kat PASTI yang Anas nak mula pi Selasa ni. Good luck! ;-)

Ni namanya naik bas turun flight haha. Meeting point at KLIA.
Cumi cumi cumi.. harapnya boleh la bantu relieve neck pain, atau at least tak menambahkan ketidakselesaan.

No comments:

Post a Comment