31 December 2017

Kenapa Travel?

Hai selamat pagi Sabtu semua. Semoga sihat-sihat selalu ya.

Aku sekarang ni ada kat Sepang, rumah Kak Leha. Tak penat ka travel, hujung minggu lepaih baru ja pi rumah Abang Nasir kat Wangsa Maju?

Memang letih!

Tapi sebab aku fikir, time membujang ni la masa yang aku ada untuk ziarah rumah kakak dan abang aku. Depa nak support belanja aku 2-3 hari ok lagi. Nak tumpang duduk rumah pun selesa ja. Kalau dah kahwin susah pulak, takut ipar-ipar biras ni tak selesa pulak. Al-maklumlah, tak biasa.

Sebab tu walaupun terpaksa ulang-alik Kuantan-KL (sampai dah sakit lehiaq ni tidoq tak betoi) 2 minggu berturut-turut (sebab kebetulan cuti weekend 3 hari 2 minggu berturut-turut), aku tak kesah sangat, malah aku suka.

Aku memang suka travel ke sana ke mari, ikut bajet la. Bila travel ni, aku akan ketepikan sat kerja-kerja kat lab. Tenangkan fikiran, tengok orang, tengok keletah orang, belajaq benda baru, engage dengan orang yang tak pernah kenal, belajaq independent, dan macam-macam lagi lah.

Tapi aku tak dak la pi jauh pun, bajet setakat ke rumah kakak dan abang kat KL cukuplah. Boleh jadi penyambung silaturrahim antara adik-beradik kan?

Cuma sekali-sekala dok pikiaq jugak, sampai bila nak jadi lone traveller ni? Hahaha kuang kuang. :P

p/s: Ada budak tu tengah gheyau tak mau pi sekolah. Hari ni depa ada hari terbuka kat PASTI yang Anas nak mula pi Selasa ni. Good luck! ;-)

Ni namanya naik bas turun flight haha. Meeting point at KLIA.
Cumi cumi cumi.. harapnya boleh la bantu relieve neck pain, atau at least tak menambahkan ketidakselesaan.

22 December 2017

Ep 1 - Selepas Graduasi

Assalamualaikum wbt.

Apa habaq hampa? Harap sihat la naa, di musim panas hujan tak menentu ni.

Oleh sebab dah lama sangat aku tak hapdet belog aku ni, so kali ni aku akan start dengan perkembangan diri (perkembangan ye, baca betul-betul, bukan pengembangan, badan masih maintain okay :P) selepas graduasi.

Alhamdulillah tanggal 13 November baru-baru ni, secara rasminya aku dan kawan-kawan se’batch’ aku dah jadi alumni UIA dan secara rasminya jugak first alumni untuk Applied Chemistry di UIA.

Ok lah, soalan basic kalau hampa ada kenalan yang pernah jadi first batch ni, mana-mana program lah - ‘dah dapat kelulusan MQA ka?’, ‘boleh dapat kerja ka?’, ‘tak pa ka ambik course yang orang tak ambik ni?’

Hai, penat nak jawab soalan yang sama. Lagi-lagi kalau soalan tu dari insan-insan yang terdekat dengan kita, macam mak ayah atau adik-beradik kita. Memanglah kita faham, depa tu sebenaqnya hanya concern dengan kita, takut tak dapat kerja ja.

Dengan situasi ekonomi negara sekarang, bagi aku belajaq bidang apa pun sama ja, semua tu rezeki. Kalau Allah dah tetap orang tu rezeki dia dapat kerja awal, dapatlah, kalau orang tu Allah tetap dia dapat kerja lambat sikit daripada orang lain tapi gaji masyuk, dapatlah macam tu.

Yang penting kena ada usaha. Kalau hang goyang kaki ja kat rumah tak buat apa, ada kerja tiba-tiba nak mai kat hang? Mungkin la ada, tapi percent keberjayaan tu sangat la rendah.

Ada jugak orang dok usha-usha kerja, tiba-tiba dapat offer untuk sambung belajaq, macam aku hehe (Alhamdulillah).

Aku akan cerita sikit-sikit pasal sambung Master ni dalam entri-entri yang akan datang. Hampa doa-doakanla aku boleh dan rajin nak menulis ya.

p/s: Sambung Master ni ada best dan ada tak bestnya. Nak tau kena tunggu next story kay ;)

My lovely family <3. Seronok sangat sebab semua ada, pakai mai dari jauh nu
Ni la sebahagian daripada first batch Applied Chemistry UIAM
Aten, Anys, Dr. Azmi, Dr. Erna and me. FYP-mates and SVs (juga bos sekarang)
Dr. Azmi yang ambik gambaq ni time tunggu nama disebut