10 September 2016

Kuala Lumpur: Kota Ibu Kota

Yeah..! Sem baru pun dah mula, report intern pun dah hantar, lecture pun dah start. Sem baru, tahun baru, adik-adik baru, style baru hehe. Aku dah naik 4th and final year sekarang, cepat ja masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah tinggal setahun ja lagi untuk habiskan degree di UIA Kuantan ni.

Kali ni aku tak berniat nak cerita pasal hidup aku kat kampus, sebab aku rasa macam tak dak apa nak cerita sangat, sama ja benda yang aku buat tiap-tiap hari dari dulu sampai sekarang. Antara rutin aku, pi kelas, makan, buat assignment, presentation, meeting, lab, discussion, hantar lab report, designing, sakit kepala, makan, tidoq. Haha, malas nak cerita.

Jadi kali ni, sebelum ingatan aku berkarat, aku nak cerita tentang trip aku dengan Khai, Syahiyy dan Che An di KL yang aku ada sebut dalam entri lepas. Alang-alang tinggal lagi seminggu ja intern, kami buat keputusan untuk lawat Kuala Lumpur.

Sebenaqnya plan asal kami nak pi i-City di Shah Alam. Tapi bila pikiaq balik rasa macam tak berbaloi sebab jauh, agak mahal, dan tak banyak yang kami boleh buat kalau pi siang. Last-last kami tukaq plan nak pi jalan-jalan di sekitar KL.

Kami hanya menggunakan LRT untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Lepas ambik Che An di KTM Serdang pagi Sabtu tu, kami teruskan perjalanan ke Stesen LRT Sungai Besi. Park kereta di situ, naik LRT terus ke Masjid Jamek.

Ha, bagi hampa yang tak tau, di sekitar stesen LRT Masjid Jamek ni ada banyak tempat menarik untuk dilawati. Antaranya Dataran Merdeka, Masjid Negara, Muzium Tekstil, KL City Gallery, Perpustakaan Kuala Lumpur, Pasar Seni, Kelab DiRaja Selangor, Masjid Jamek dan Masjid India. Kalau nak pi, boleh jalan kaki ja dari stesen LRT tu.

Muzium Muzik

Lokasi pertama yang kami pi hari tu ialah Muzium Muzik. Dia bersebelahan dengan KL City Gallery dan berhampiran juga dengan Muzium Tekstil. Tiada bayaran masuk dikenakan, hanya perlu tulis nama ja dalam buku log di kaunter pendaftaran dalam tu. Ada banyak alat muzik tradisional daripada pelbagai kaum, budaya, dan negeri dipamerkan. Boleh la nak kenal-kenal dengan alat muzik yang mungkin tak pernah tengok pun sebelum ni.

Gong besaq menyambut kedatangan kami
@Buloh Inn

Banyak alat-alat muzik yang ada kat muzium ni. Tetapi, alangkah lebih baik sekiranya setiap alat muzik tu disertakan dengan bantuan gambar, video atau audio tentang bagaimana ia dimainkan dan muzik yang dihasilkan. Satu kekurangan jugak la, sebab ada sebahagian alat muzik yang kita tak boleh bayang pun cara nak main dia macam mana. Ini adalah satu penambahbaikan yang saya rasa perlu dibuat di muzium ni.

Dataran Merdeka

Bila dah sampai di kawasan ni, apalah salahnya kalau kita singgah di Dataran Merdeka. Nak kata jakun tu tak jugak, tapi sejujurnya ini memang kali pertama kaki saya memijak rumput di Dataran Merdeka.

"Inilah barisan kita, yang sanggup berjuang.."
Budak-budak kacamata
Cari jalan ke Pasar Seni. Hampir sesat di kota raya
Dataran Merdeka

Kat kawasan ni memang ramai pelancong sama ada dari dalam atau luaq negara. Kita pun bajet-bajet la macam pelancong, bergambar di sana sini.

Muzium 3D, Pasar Seni

Selepas Dataran Merdeka, kami berjalan pulak ke Pasar Seni. Sebenaqnya, tak jauh sangat pun dengan tempat tadi, tapi jauh lah jugak, lepas tu nak kena cari pulak muzium ni dekat mana. Puas pusing CM, naik turun tangga, akhirnya jumpa jugak. Rupa-rupanya muzium ni terletak di Tingkat 2, Bangunan Annex, bangunan yang ada banyak hasil seni, bukan yang banyak jual-jual tu. Dan nama panjang muzium ni ialah Illusion 3D Art Museum.

Ini jugak kali pertama saya sampai di Muzium 3D. Khai dengan Syahiyy yang beria sangat ajak nak pi muzium ni. Lagi-lagi sebab dapat harga murah untuk pelajar, hanya RM 15 bagi pelajar (kena bawak kad matrik) berbanding RM 33 harga biasa untuk seorang dewasa.

Tiket yang dia bagi

Muzium ni adalah tempat yang paling best untuk hilangkan stress dengan cara yang sangat kreatif. Di sini, kita kena buat sehabis baik untuk dapatkan gambaq yang paling hampir ‘real’ dengan lukisan-lukisan yang ada. Ada lebih kurang 30 gambaq yang ada di dalam muzium ni. Dengan harga yang sangat berpatutan bagi pelajar, amatlah rugi kalau tak masuk.

Cepat selamatkan diri..!


Macam tu je buang sampah, tak payah turun kereta pun.
Jom pi Madagascar!
Besaqnya kaki
Warna kuku tangan manusia besar.
"I wanna hold your hand..." -The Beatles
"My heart will go on and on..."
Menuju bintang
Bajet surfing. Haha.
Jemput masuk kawan-kawan.
Sapa suruh kacau dia menjahit, kan dah kena marah.

Bahagian yang paling best ialah berlakon dalam video 3D dalam sebuah bilik hitam.

Secara keseluruhan, muzium ni adalah tempat yang paling best kami lawati pada hari tu. Seronok sangat dapat kurangkan tekanan nak habiskan report intern dengan cara yang paling kreatif kami boleh bagi.

Setelah penat berlakon dan beraksi di muzium ni, kami makan tengahari di Pasar Seni dan solat Zohor di Masjid Jamek, sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir iaitu KLCC.

KLCC

Plan asal kami ke sini sebab Khai nak usha buku, nak habiskan baucer buku katanya. Tapi bila sampai, Subhanallah ramai gila orang! Tak pernah lagi lah mai KLCC orang seramai ni. Penat dengan orang yang sangat ramai, kami pusing pi pusing mai, akhirnya keluaq ke taman KLCC. Kat luaq ni pun memang ramai sangat orang. Al-maklumlah, hari Sabtu kan.

KLCC

Bila kat taman ni, macam-macam benda pelik pulak kami jumpa. Sebenaqnya tak pelik pun, tapi sebab dah bertahun kami tak mai sini, jenis orang yang kami jumpa pun tak sama macam dulu. Dengan budak-budak raver-nya, dengan PokemonGo-nya, rasa macam lawak pulak tengok depa ni. Budak-budak sekarang kan. Harap-harapnya depa membesar dan mendewasa dengan baik.

Setakat tu saja lah cerita tentang Kuala Lumpur. InsyaAllah lepas ni aku akan cuba update apa yang berlaku di Kuantan pulak, kalau rajin dan ada masa la. Doakan aku dan kawan-kawan aku terus sukses dan tabah menghadapi tahun akhir di UIA Kuantan.