Minggu lepas kami tak pi mana-mana pun sebab nak buat
persiapan untuk Lecturer Visit hari Selasa lepas. Terpaksalah korbankan satu
lagi hujung minggu. Tapi pagi Sabtu tu sempat jugaklah pi jogging kat Taman
Tasik Sri Serdang. Nak mengarang skrip untuk presentation mestilah kena
bersedia mental dan fizikal dulu kan. Hehe.
Kat tasik ni, memang ramai orang bersenam, berjogging, memancing,
bersantai-santai dengan keluarga, siap ada kelas bersenam untuk menguruskan
badan lagi. Petang-petang time balik kerja pun nampak ramai orang bersenam kat
tasik ni. Kami ni tunggu rajin ja la baru nak bersenam, kalau tak rajin memang
memerap la kat rumah tu.
Hari Ahad pulak selepas sarapan kat rumah, tiba-tiba terasa
nak berzumba. Terus cari zumba mudah untuk beginner kat Youtube. Ingatkan susah
nak cari, rupanya berlambak kat Youtube tu, sampai ke cool down pun ada. Apa
lagi, berjoget dan berzumba lah kami kat ruang tamu rumah tu, alang-alang
housemate pun tak keluar bilik lagi. Hahaha.
Aktiviti lain di hujung minggu lepas, hanya siapkan bahan
untuk pembentangan waktu lawatan pensyarah tu. Yang datang melawat kami kat
MARDI Serdang ni ialah Dr. Fiona yang sangat awesome. Hari pembentangan tu,
memang awal Dr. Fiona sampai, sebelum pukul 8 dah sampai kat TS3 ni. Lepas
bawak pergi sarapan kat kantin, mulalah sesi pembentangan tu. Syahiy mula dulu,
kena paksa sebab dia ada cerita pasal MARDI, lepas tu Khai, dan akhir sekali
aku.
Pembentangan oleh Syahiy |
Tak sangka pulak big boss kami iaitu Dr. Haslina, Timbalan
Pengarah nak dengar sekali pembentangan tu. Maka bertambah cuaklah kami
bertiga, dari awal sampai habis pulak tu Dr. Haslina stay.
Bila dah selesai tu seronok tak terkatalah. Supervisor kami, Dr
Fiona, Dr Haslina semua sangat supportive. Depa buat pembentangan tu macam sesi
perbincangan nak dapatkan hasil analisis yang lebih baik pulak. Lepas
sembang-sembang sambil minum teh, Dr. Fiona dibawa melawat makmal.
Ucapan aluan |
Bergambar dengan semua. Dari kiri Pn. Hasni (SV Syahiy), Pn. Faiz (SV Khai), En. Mohd Lip (SV saya), Dr. Fiona, Dr. Haslina, Syahiyy, saya, Khai. |
Lawatan makmal |
Lawatan ke bilik instrumen |
Tengok instrumen lagi |
Selesai kat TS3 ni, kami teman Dr. Fiona ke Pusat Penyelidikan Biotech untuk
melawat Syaza pula. Ni first time kitorang dapat masuk tengok anak-anak pokok
yang diorang buat. Bukan senang nak dapat permission macam ni. Comel sangat.
Lepas tu, kami terus teman Dr. Fiona ke tempat Aleen di
makmal halal UPM, seberang je dengan IOI Mall. Ini pun sepatutnya tak boleh
keluar hehe, tapi jangan risau, kami dah bagitau supervisor, nasb baik tak kena marah. Dapatlah jugak pusing-pusing
tengok makmal dia.
Setakat ni je la entri kali ni. Projek pun dah selesai, tinggal
nak siapkan laporan untuk MARDI dan untuk UIA. Rasanya hujung minggu ni pun tak
ke mana kot, sebab nak siapkan laporan tu. Chill!
No comments:
Post a Comment