22 July 2016

Kau Milikku, Ku Milikmu

Hai, semua! Tiba-tiba pulak aku rasa nak update blog sebab baru lepas baca blog orang lain yang cerita pasal Taman Botani dan Taman Wetland kat Putrajaya tu. Bukan setakat membuatkan aku rasa nak update blog, tapi rasa teringin pulak nak pi jalan-jalan kat sana. Haha.

Baiklah. Sebelum aku melalut lebih panjang, entri kali ni ialah tentang sebuah kisah cinta bertajuk ‘Kau Milikku, Ku Milikmu’. Oh, classnye tajuk. Pengsan. Tapi aku bukan nak tulis panjang-panjang cerita novel atau cerita pendek. Aku cuma nak share gambar-gambar kahwin, yang pasti bukan gambar kahwin aku, tapi gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan sahabat aku, Athirah Aziruddin dengan pasangannya yang juga kawan aku, Zikrullah Osman, Sabtu lepas.

Oleh sebab aku sekarang tengah intern kat Selangor, jadi alang-alang dah tak jauh sangat dengan Temerloh, kami berpakat untuk konvoi ke sana dari sini. Aku, Khai dan Syahiyy ke Gombak dengan keta abang aku. Dari Gombak kami tumpang pulak kereta sahabat aku Syahirah Fuad ke Temerloh bersama sorang lagi Nadia. Kat Gombak sempat gak snap gambaq sikit.

Gambaq ni cantik. Thanks to someone's I-phone.

Dalam perjalanan dekat highway tu pulak nak dijadikan cerita, tiba-tiba jam. Dah pasai pa pulak dah, bukannya time cuti panjang ka raya pun. Bukak-bukak Waze, dapat la tau kata ada lori minyak terbakaq kat tepi highway tu. Fuhh, memang pakat ketaq lutut teruih la. Sempat la Syahiyy snap gambaq sikit.

Kepala lori minyak sedang terbakaq

Aku kenal Athirah ni kat Kuantan. Kami pernah kerja sekali dalam MRC Mahallah Maimunah dulu. Dia ni memang sangat rajin, cantik, peramah, baik, solehah...masyaAllah cukup lengkap ciri-ciri isteri mithali. Zikrullah ni pulak, satu batch Gen-11 kat DQ dulu. Jadi, memang kenallah depa ni. Depa ni sekelas. Agak-agaknya dah berapa lama depa dok main mata..? Hahaha. Gurau.

Kami sampai kat dewan kenduri tu elok-elok sama dengan pengantin sampai, lebih kurang pukul 12 tengahari macam tu la. Oh, seronok dan exitednya tak terkata lah. Lagi-lagi bila jumpa kawan-kawan semua yang masing-masing tengah intern merata-rata. Sempatlah ambil gambar sikit.

Sweetnya pasangan pengantin ni

Hari yang sama, ada lagi satu pasangan kahwin di Pinang sana. Maaflah Adibah dan Umar, tak dapat nak pi jauh sangat. Depa ni pun sama-sama law kat Gombak. Kenal depa ni kat CFS dulu la.

Umar dan Adibah

Selamat pengantin baru Athirah & Zikrullah dan Umar & Adibah. Semoga bahagia sampai syurga. J

No comments:

Post a Comment