![]() |
Ni bukan logo Cik Kim |
Tok, tok,
tok, assalamualaikum. Ada orang tak?
Haa…okaylah
semua. CK sebenaqnya baru ja sampai di Garden of Knowledge and Virtue, UIAM
Kuantan, Pahang. Sekarang CK dah masuk tahun 3 dah hei, dah jadi senior menior
dah haa. Hahaha, siaplah korang junior, nanti hampa tau sapa CK ni.
Kali ni CK
rasa seronok sangat sebab family CK mai hantaq sampai ke sini, sampai masuk ke
bilik lagi. Sebelum mai sini, kami pi berkelah kat pantai Teluk Cempedak dulu,
makan lunch kat tepi pantai sana. Huuu, sedap woo makan nasi sambil makan angin.
Eh, eh, eh, sapa kata CK tak pernah pi TC? Selalu ja CK pi sana ambik angin,
tapi kalau dengan family, ha ni first time. Lain kali kalau depa mai pulak,
bolehla ajak pi lagi.
Hmm, sem ni
CK dah tak mau main-main dah, nak banyakkan aktiviti-aktiviti berfaedah, Tak mau
dah jadi macam sem lepas. Bukan apa, sem lepas CK frust menonggeng sebab banyak
benda jadi kat CK. Failed subjek, cinta tak kesampaian, dok gheja jadi kuli tak
naik-naik pangkat…(eh, CK tak gheja lagi la, dan cinta tu perasan ja lebih). Benda-benda
ni buatkan CK rebah. Payah sangat nak bangkit semula lepas kita rasa keperitan
dan kepedihan yang tak tau nak habaq macam mana. Hanya Allah yang tau perasaan CK
waktu tu. Sampai ke la pun masih terasa saat kejatuhan tu.
Dah, dah. Tak
mau la sedih-sedih lagi. Sem ni CK rasa jadual kelas CK banyak sangat masa
free. Kelas pagi-pagi ja, pukul 8.30 dari Isnin sampai Jumaat. Petang-petang
dah tak dak kelas, melainkan nak siapkan gheja-gheja yang perlu disiapkan la.
So, untuk
mengelakkan CK jadi lagha tak tentu arah, lagi-lagi daripada dok buat dosa
kering, CK bagi la nama untuk jaga kiosk di kulliyyah CK. Kebetulan depa dok
cari orang nak jaga kedai. Atas faktor-faktor di ataslah, CK try tanya dan bagi
nama pada Encik Bos. Ni kira first time la CK jaga kiosk kat UIA ni. Jadual
jaga pun dah dapat. Harap-harap ok lah naa.
Kalau hampa
nak tau, sebenaqnya dulu waktu kecik-kecik, kalau tak silap waktu CK darjah 5
atau darjah 6, cikgu Matematik CK waktu tu, arwah Cikgu Aziz, suruh CK dengan
dua orang lagi kawan CK jaga kedai koperasi sekolah. CK selalu kena jaga waktu
pagi, sebelum orang masuk kelas. Kadang-kadang kalau CK mai sekolah lambat,
kawan CK yang nama Nisa’ tolong jaga syif CK waktu pagi, nanti time rehat CK
ganti syif dia pulak. Hujung bulan, dapatla gaji daripada Cikgu Aziz. Cukupla beda
beli aiskrim, hehe. Hmmm, CK rindu kat arwah Cikgu Aziz.
CK ni
memang sentimental sikit, emotional sikit. Tapi kena pandai kawal la na, dah
besaq panjang takkan dok gheja nak gheyau saja kan.
Okaylah, CK
pun ada gheja nak buat ni. Sahabat CK, Kak Bad minta CK tolong buat video untuk
Profaz, nak tayang waktu client day katanya, untuk memperkenalkan Profaz kepada
adik-adik baru. Profaz ni kira sebuah persatuan yang besaq jugak la pengaruh
dia di UIA Kuantan ni. Dia ala-ala macam baby kepada Ma’aruf Club di UIA
Gombak. Aktiviti dia banyak dan best, tambahan pulak ada unsur-unsur dakwah yang
dibawa. Rugi jugak la kalau tak join, hehe.
Jumpa lagi
na, di lain masa. Selamat malam. :)
![]() |
imgion.com |
No comments:
Post a Comment